Tag Archives: education

Olahraga: Acara Mulut Laju

Tersentak ketika menjalankan latihan sukan (sebagai ketua rumah) menjelang kejohanan olahraga sekolah tahun ini apabila seorang rakan sekerja memberi komentar, dalam dialek pantai timur pekat, “Saya dulu sekolah agama, tak ada sukan-sukan ni semua. Elok je cergas sampai sekarang.”

Tidak dinafikan bahawa kadang-kadang memang terasa jengkel untuk turun ke padang setelah bertungkus lumus dengan kelas, kerja-kerja perkeranian dan segala karenah pelanggan dan birokrasi.

Namun hakikatnya, dasar pendidikan negara mewajibkan aktiviti sukan di sekolah. Justeru pentadbiran sekolah-sekolah cuba melaksanakan dasar ini dengan seadilnya dari aspek perkongsian beban kerja. Maka semua guru, tidak kira jantina, jawatan dan kepakaran, apatah lagi orientasi pendidikan (sains, sastera atau agama) wajib memikul tanggungjawab ini bersama.

Agak mengejutkan, (untuk aku, at least) bagaimana komentar sedemikan boleh dikeluarkan, dengan sewenang-wenangnya, tanpa setitis ironi, di khalayak ramai, termasuk pelajar. Bukankah ini mencerminkan kecetekan ilmu dan sahsiah si pengujar sendiri, memberi suatu gambaran negatif terhadap sistem pendidikan negara khususnya yang berorientasikan pendidikan Islam?

Nampaknya usaha ke arah pendidikan menyeluruh dan lebih progresif masih lagu suatu konsep yang abstrak dan jauh dari pemikiran kolektif segelintir ahli profesyen keguruan negara.

 

 

3 Comments

Filed under anecdotal