Tag Archives: Klang

Tentang Mati

Seorang ibu mertua yang sedang bertarung dengan maut, asap rokok insomnia ku dan azan subuh yang baru selesai berkumandang. Resepi mutlak bagi blog-blog yang digelar seorang rakan pemblog sebagai blog-blog assalamualaikum.

Aku di Klang lagi kurang 24 jam kepulangan kami ke Kuantan tempohari. Semalam aku dikejutkan dari tidur oleh A yang pulang ke rumah dengan tangisan dari pejabat membawa berita bahawa ibunya dimasukkan kembali ke wad kritikal. Lewat sebuah panggilan telefon dari Papanya yang menangis (dan dia tidak pernah menangis) memberitakan keterdesakan keadaan Mama.

Mengemaskan pakaian yang masih berada dalam beg-beg kami mengambil masa cuma 10 minit. Tiada tangisan bantahan dari SNA yang barangkali sudah puas meragam dan menjerit malam sebelumnya dan aku dan A berada di Klang selepas 3 jam di lebuh raya.

Bapa Mama berasal dari tanah besar China datang ke tanah Melayu dan anaknya itu memeluk agama dari tanah Arab untuk menghalalkan cintanya dengan Papa. Secara ringkas, seorang casual believer, sekurang-kurangnya daripada apa yang aku perhatikan dari amalan ritualisticnya. Belum sempat (dan aku percaya tidak pernah bercadang) untuk mengerjakan ibadat Haji dan tidak pernah aku lihat dalam pakaian solat.

Tapi demi Tuhan dia seorang ibu yang penyayang. Tidak pernah mengabaikan kedua orang anaknya. Seorang isteri yang taat dan ibu keduaku yang menerimaku masuk ke rumahnya seperti aku datang dari perutnya sendiri.

Dan sekarang dia separuh sedar di hospital berhadapan masjid pernikahanku. Meracau dalam kesakitan, Mama memanggil mamanya.

_______________________________________________________

Mati itu terlalu sakit,

Di dalam kubur terlalu sempit

Atau lain-lain lirik nasyid yang sempat aku hafali di mussola sekolah menengah. Lagu-lagu yang mengingatkan kita tentang siksa kubur dan persiapan sebelum menempuh ajal. Mati bukan sahaja tanda henti hubungan kita dengan dunia tetapi kemungkinan menempuh keperitan di dunia yang satu lagi.

Barangkali mati yang menjanjikan kebahagiaan hanya bagi mereka yang berketayap bertudung litup. Yang hidup di atas sejadah dan yang tidak berhenti bertasbih. Aku tidak membantah atau mencemburui golongan sebegini. Tapi tempatkan ibuku di Syurga kerana memang di situ tempatnya!

Advertisements

7 Comments

Filed under anecdotal

Kuang Weed. Try it.

It’s been raining here in Klang. A and I were trapped in a deafening blitz of light, sound and water in front of a local mall. She went goldshopping. She smiles a lot these days. Or probably that’s just because I’ve only begun to notice it more.

It’s stopped raining since and I’m listening to Mr Tambourine Man. The Byrds’, not Dylan’s.

Let’s talk about S. She’s an eating machine. Chocolate, chocolate cookies from Uncle R, porridge and ribena from Popo, Roti Canai from me. Those and her formula.

Met with P’s friends. My friends too. They’re Kuang people who drove all the way from Rawang to Shah Alam and to our home in Klang. My intention to score some weed turned into a pleasant conversation and an opportunity to indulge in guy gossip. The weed was in the end a gift and it’s good by the way.

Mikon’s back and so is exoticasyibba. She’s back in Kuching with family. Here’s a kiss coming your way.

3 Comments

Filed under anecdotal