Tag Archives: car

Eid Mubarak!

Saya sedang berbaring di atas katil di dalam bilik kami di rumah mertua saya di Kelang. Sakit pinggang. Akibat percubaan untuk duduk, makan dan membaca akhbar secara serentak ketika bersarapan pagi tadi.

Sambutan hari raya tahun ini bermula pada pukul 10.30 pagi apabila saya bangun dari tidur, mandi dan mengenakan baju melayu hijau yang dibuat sempena majlis perkahwinan P dan L tempohari. Agak selamba sambutan tahun ini (secara peribadi) seperti beberapa tahun kebelakangan ini. Tiada nafsu untuk beraya kerana terlampau bernafsu ketika (tidak) berpuasa.

Acara bersalaman dengan keluarga dijalankan seperti biasa. Keampunan diminta dari ayah dan bonda dan keampunan diberi (bersama duit raya) kepada adik-adik yang berdosa kecil (terlupa beli rokok pesanan) dan besar (terlanggar pintu kereta).

Raya pertama diserikan dengan kehadiran Puyu yang sudah hampir 10 tahun tidak pernah gagal menjadi Jurugambar Rasmi majlis raya kami. Terima kasih Puyu. Tanpa kamu, raya hanya seperti hari yang tak raya. Kamu di antara 10 rukun raya keluarga kami.

Bangun pada hari raya kedua pada pukul 10 pagi, bersiap untuk pulang ke Jelebu, Negeri Sembilan, kampung halaman keluarga sebelah ibu. Kami berkonvoi dua kereta: Saya bersama anak dan isteri serta Yaya di dalam sebuah kereta, Mama, Abah, En. Chala dan Kom di dalam Persona baru Abah. P dan L tidak bersama kerana menyambut raya di Jerantut bersama keluarga L.

Suatu insiden agak menakutkan berlaku apabila saya terpaksa membrek kereta dengan mengejut apabila Abah membrek untuk mengelak segerombolan pemacu motorsikal dihadapan. S yang sedang berbaring di belakang telah tergolek dan jatuh ke lantai kereta. Kepalanya terhantuk di tapak kerusi hadapan yang diperbuat dari besi. Hasilnya, luka ringan dan bengkak di kepala S. Mujur kereta baru Abah datang bersama Kit Kecemasan percuma. Kepala S dirawat dengan alcohol swab dan plaster berubat dari kit tersebut. Terima kasih Proton!

Kami sekeluarga berkampung di Rumah Rehat Kuala Klawang. Sementara Mama dan Abah berziarah ke rumah-rumah saudara-mara minor, saya dan A ‘berehat’ di dalam bilik.

Sebelum Maghrib kami tiba di rumah Mak Tam yang merupakan Hos bagi acara Raya tahunan kami. Setiap tahun, adik-beradik ibu saya akan bergilir menganjurkan acara ini. Selepas solat Maghrib berjemaah dan Tahlil Arwah, acara penyampaian duit raya dijalankan.

S yang berplaster di dahi telah menerima nama timangan ‘Benjol’ dan ‘Lanun Kemunting’. Dia juga menjadi penghibur pada malam itu dengan karenahnya dan kepetahannya bercakap. Saya dan isteri tidak dapat menjawab apabila sanak-saudara berkomentar tentang kemahiran bertutur S yang melampaui kebolehan anak-anak mereka pada usia yang sama.

 

Advertisements

8 Comments

Filed under anecdotal

Saya sangat marah

Saya sangat marah sebab kereta saya kena langgar, tapi macam mana nak marah betul-betul sebab orang yang langgar tu ahli keluarga terdekat.

Kalau cina Kuantan Parade boleh jugak saya maki hamun pastu panggil kawan-kawan 3 line saya pergi belasah.

Kalau mat rempit boleh jugak saya kejar, langgar, bukak helmet dia, ludah dalam telinga dia pastu bagi kat kawan-kawan polis saya suruh masukkan dalam lokap 2/3 malam.

Kalau makcik assalamualaikum boleh jugak saya tanya dia: “Yang makcik ni nak cepat sangat apasal? Manjalara dah lama dah abis. Ke nak pergi pasar Ramadhan? Beli murtabak? Tak yah la makcik, mat rempit anak makcik tu bukannya puasa pun.”

Cibai.

6 Comments

Filed under anecdotal