Tag Archives: DEP

Hello Conor Oberst, See you later DEP.

i.

So ada la band baru yang aku duk dengar sekarang. Bukan band actually tapi this singer/songwriter called Conor Oberst. Sebelum ni dia ada band called Bright Eyes dan Bright Eyes ni aku dah terdengar/terbaca dalam media yang aku consume la. Siap ada name-dropping lagi dan berada dalam playlist ramai di kalangan blogger terkemuka tanahair. Chewah.

Anyway, aku takde stuff Bright Eyes dan aku rasa aku boleh bagi pandangan yang agak neutral bagi album ni. I’m treating it as a discovery.

Setelah sedikit research, material Bright Eyes (baca: album-album Conor Oberst sebelum ni), bersifat eclectic ie. pelbagai dan tidak stick to one formula. Tapi albumĀ  yang aku dengar ni, bertajuk Conor Oberst (Merge Records, 2008) mostly acoustic dan berbau country/folk. Aku tak tau sejak bila, tapi mamat ni sering dikaitkan dengan Bob Dylan. As in “Conor Oberst is the new Dylan”, you know? Dalam konteks sejarah muzik barat, satu perbandingan yang hebat dan membebankan buat si penerima gelaran. Mungkin versi tempatan bagi perbandingan ini adalah Cat Farish is the new Jaafar Onn. But I digress.

Perbandingan dengan Dylan sudah tentulah hasil daripada penulisan lirik Conor. Dari perspektif sesiapa yang celik sastera, tulisan pukimak ni memang tersangat tinggi nilai puitisnya. Rahsia puisi (for me at least) selamanya ialah makna, ekonomi perkataan dan kebenaran – lagu-lagu Conor ada ketiga-tiga bahan ini.

Juga dikaitkan dengan puisi Beat, tema utama bagi album ini ialah the road: kesunyian di jalanan, sinis dalam sedih, ulasan perasaan melalui objek-objek, pertuturan, babak-bakak rawak yang dialami seseorang ketika bersendirian menghadapi dunia menuju horizon yang tak sampai-sampai.

ii.

_MG_5981

Terus kepada DEP yang telah mengucapkan adios semasa mengadakan show terakhir mereka di Little Bali, Cherating pada hari Sabtu Lepas. Kawan-kawan baik aku, antara manusia-manusia terawal yang berkongsi taksub dengan muzik yang pernah aku jumpa.

Awal 90’an di Kuantan, era Hijrah, arguably band punk pertama tanahair. Di atas court takraw Taman Aman, Bukit Sekilau, di Kompleks Teruntum menghirup pencetus alcoholisme utama Melayu Islam Malaysia: Rootbeer Float di A&W. Gig di TMS Dangdut, betul-betul di bawah bilik-bilik GRO-GRO seasoned, dan di Lips Boom Boom dengan basement stagenya, 300 tubuh basah menyambut Budin, stagediver dan taukeh kelapa terhebat scene kami. Terus dikejar Butcher, atau disepak kutu thrasher kompleks kerana tolong mengalihkan kereta Tamara di SABS. Juga penyepak Man Kola kerana salah pilih raja Grindcore Malaysia.

Seperti yang aku cakap kat Acai, aku tunggu reunion korang tahun 2015 nanti. Lebih awal lebih baik la kan. Takkan nak tunggu Celcom sponsor? Aku tak tau faktor apa yang motivate dia untuk disband. Tapi aku boleh agak. Aku teka sahaja berdasarkan persahabatan aku dengan mereka lewat 15 tahun ini. Tak payah dibincangkan di sini, sedangkan dalam realiti pun, mekanisme dalam mana-mana kumpulan yang berhasrat berkarya bersama adalah sesuatu yang amat abstrak dan sulit.

Acai adalah DEP, sekuat manapun dia akan menolak kenyataan ini, itulah kebenarannya. Fahamlah, itu bukan penghinaan. Passion, integrity, keutuhan niat. Itu yang aku baca dari lirik DEP. Kesemuanya dari pena Acai. Terus aku lega dan memujuk hati yang sedikit sedih. Manusia ini akan terus berkarya, walau hanya untuk aku dan beberapa teman, dan sekiranya kamu semua bernasib baik, kamu juga.

Advertisements

9 Comments

Filed under appreciative

DEP to re-release 1999 Album

Dullaby, by the seminal east-coast punk band Dull Entertainment Programme, will be re-released Saturday 29th. The date coincides with an appearance at ‘Three Chords and the Truth’, a diy event to be held at MCPA Hall, Kuala Lumpur.

In CD format, the album will be available for RM12.oo at the venue.

front cover

flyer

21 Comments

Filed under appreciative