Tag Archives: sukan

Olahraga: Acara Mulut Laju

Tersentak ketika menjalankan latihan sukan (sebagai ketua rumah) menjelang kejohanan olahraga sekolah tahun ini apabila seorang rakan sekerja memberi komentar, dalam dialek pantai timur pekat, “Saya dulu sekolah agama, tak ada sukan-sukan ni semua. Elok je cergas sampai sekarang.”

Tidak dinafikan bahawa kadang-kadang memang terasa jengkel untuk turun ke padang setelah bertungkus lumus dengan kelas, kerja-kerja perkeranian dan segala karenah pelanggan dan birokrasi.

Namun hakikatnya, dasar pendidikan negara mewajibkan aktiviti sukan di sekolah. Justeru pentadbiran sekolah-sekolah cuba melaksanakan dasar ini dengan seadilnya dari aspek perkongsian beban kerja. Maka semua guru, tidak kira jantina, jawatan dan kepakaran, apatah lagi orientasi pendidikan (sains, sastera atau agama) wajib memikul tanggungjawab ini bersama.

Agak mengejutkan, (untuk aku, at least) bagaimana komentar sedemikan boleh dikeluarkan, dengan sewenang-wenangnya, tanpa setitis ironi, di khalayak ramai, termasuk pelajar. Bukankah ini mencerminkan kecetekan ilmu dan sahsiah si pengujar sendiri, memberi suatu gambaran negatif terhadap sistem pendidikan negara khususnya yang berorientasikan pendidikan Islam?

Nampaknya usaha ke arah pendidikan menyeluruh dan lebih progresif masih lagu suatu konsep yang abstrak dan jauh dari pemikiran kolektif segelintir ahli profesyen keguruan negara.

 

 

Advertisements

3 Comments

Filed under anecdotal

Ter Bah Boh!!!

Kejohanan Olahraga Tahunan sekolah aku akan berlangsung hari Ahad 29 April nanti. So sekarang the week before the actual day dan keadaan di sekolah huru-hara dengan budak-budak melekit sebab bersukan dan guru-guru melekit sebab tak bawak baju sukan.

Sebagai salah satu guru pembimbing Rumah Temenggong (Hijau) yang pro-aktif dan mementingkan keseronokan pelajar, aku pastikan aku melibatkan diri secara hands-on dengan aktiviti-aktiviti keolahragaan pelajar. Dengan bantuan guru Ketua Rumah (Puan K), aku mengambil kehadiran pelajar, memantau pelajar dan memberi motivasi berkelompok dengan cara membuat sorakan (cheering) yang aku reka ikut suka hati mak bapak aku. Aku hadir di setiap sessi latihan rumah yang diadakan di sebelah petang. Di tengah panas terik pukul 3 sehingga 5 aku akan bersama mereka membasahkan ketiak sambil ditonton oleh sebilangan guru perempuan berbaju kurung dan bertudung sedondon menjinjing beg tiruan coach/guess masing-masing.

Mereka akan duduk dalam kelompok mereka di bawah pokok ru sambil memerhatikan make-up masing-masing cair. Semakin petang, semakin muncunglah bibir mereka kerana tidak boleh balik awal. Ini dipastikan oleh guru penolong kanan ko-kurikulum kami (juga berbaju kurung tetapi berkasut trek) yang akan meronda membawa buku log untuk merekodkan kehadiran guru. Samada duduk di bawah pokok berbual dikira hadir ke latihan sukan atau tidak sukar untuk aku pastikan.

Salah satu cara untuk rumah-rumah sukan mendapat markah tambahan ialah dengan memenangi pertandingan menghias khemah. Ini acara aku. Tiada, aku ulang tiada orang lain akan menang. Tahun lepas aku mengetuai Rumah Bendahara (Kuning) untuk memenangi acara tersebut dengan tema Gold and Glory. Tak susah. Canopy yang boleh muat 40 orang itu telah aku hiasi dengan duit syilling plastik keemasan (duit emas chinese new year) yang aku perolehi dari studio tempat P & L bekerja. Aku tambunkan juga kepingan syilling yang pertama di dalam sebuah tempayan yang aku letakkan di depan khemah.

Tahun ini aku telahpun melakarkan rekabentuk khemah dengan tema military untuk rumah hijau. Dua biji meriam polystyrene akan aku letakkan mengapit pintu masuk utama khemah bersama banner besar dengan tulisan ‘Batallion Hijau Temenggong’. Siap kau. Selepas hari sukan, kedua-dua meriam itu akan aku letakkan di depan surau sekolah atau aku acukan di hadapan pintu pejabat Pengetua.

10 Comments

Filed under anecdotal