Tag Archives: socrates

Socrates (c. 470 – 339 SM) (Bah. 4)

Kepercayaan falsafah

Kepercayaan-kepercayaan Socrates sukar dilihat dengan tepat, tidak seperti kepercayaan-kepercayaan Plato. Tidak terdapat bukti kukuh yang memisahkan kedua-duanya. Teori-teori panjang yang diberikan dalam sebahagian besar dialog-dialog merupakan kepunyaan Plato, dan difikirkan bahawa Plato mengadaptasikan Kaedah Socratic untuk membuatkan watak literari dan ahli falsafah itu sendiri mustahil untuk dipisahkan. Pendapat-pendapat lain menyatakan dia memang mempunyai teori dan kepercayaan sendiri, tetapi wujud pelbagai kontroversi tentang apa yang dimaksudkan oleh teori dan kepercayaan tersebut, disebabkan kesukaran memisahkan Socrates dari Plato dan kesulitan untuk mentafsirkan tulisan-tulisan dramatik tentang Socrates sekalipun. Maka, membezakan kepercayaan falsafah Socrates dari Plato dan Xenophon bukan sesuatu yang mudah dan perlu diingatkan bahawa karya yang dianggap tulisan Socratesbarangkali lebih mencerminkan kepentingan-kepentingan khusus para pemikir ini.

Sekiranya sesuatu yang umum boleh diperkatakan tentang kepercayaan falsafah Socrates, ianya ialah penentangan secara moral, intelektual dan politikal dengan rakyat Athens yang lain. Semasa dia dibicarakan atas tuduhan membidaah dan mengkorupkan belia, dia menggunakan kaedah elenchos untuk menunjukkan kepada para juri bahawa nilai-nilai moral mereka adalah salah. Dia memberitahu mereka bahawa mereka lebih mengambil berat tentang keluarga, kerjaya dan tanggungjawab politikal apabila mereka sepatutnya risaukan “kebajikan roh mereka” (“the welfare of their souls“). Kepercayaan Socrates kepada keabadian roh dan kepastiannya bahawa tuhan-tuhan telah memilihnya sebagai utusan suci telah menimbulkan gangguan dan ejekan. Socrates juga mempersoalkan doktrin Sophistic di mana arete (iaitu, kebaikan) boleh diajar. Dia pernah membuat pemerhatian bahawa bapa-bapa yang berjaya (seperti Pericles, general tentera yang ternama) telah gagal melahirkan anak-anak lelaki yang berkualiti seperti mereka. Socrates berpendapat kecemerlangan moral lebih merupakan kurniaan ilahi daripada asuhan keibu-bapaan. Kepercayaan ini barangkali menyumbang kepada ketidak-risauannya tentang masa hadapan anak-anak lelakinya sendiri.

Socrates sering berkata bahawa ide-idenya bukan kepunyaannya sendiri, dan dia telah diajar oleh guru-gurunya. Dia menyebut beberapa sumber pengaruh: Prodicus si rhetor dan Anaxagora si saintis. Mungkin suatu kejutan, Socrates menyatakan dia telah dipengaruhi dengan mendalam oleh dua orang wanita selain ibunya. Dia berkata Diotima, seorang ahli sihir perempuan dan pendeta dari Mantinea mengajar semua yang diketahuinya tentang eros, atau cinta, dan Aspasia, perempuan simpanan Pericles, mengajarnya bacaan-bacaan pengkebumian. John Burnet menyatakan guru utama Socrates ialah Archelaus dari Anaxagorea tetapi ide-idenya sendiri adalah seperti yang dihuraikan oleh Plato; Eric A. Havelock pula menganggap hubungan Socrates dengan Anaxagorea merupakan bukti pemisahan falsafah Plato dari Socrates.

Sumber terjemahan : Wikipedia

3 Comments

Filed under appreciative

Socrates (c. 470 – 339 SM) (Bah. 3)

Kaedah Socratic

Plato-raphael.jpgBarangkali sumbangan Socrates yang terbesar kepada pemikiran Barat ialah kaedah dialektik (menjawab suatu persoalan soalan dengan suatu persoalan baru) bernama Kaedah Socratic yang digunakan untuk membincangkan konsep-konsep kunci moral seperti Kebaikan dan Keadilan. Kaedah ini mula-mula diterangkan oleh Plato di dalam Socratic Dialogue. Untuk menyelesaikan suatu permasalahan, seseorang akan bertanyakan soalan dan setelah menemui jawapannya, dia akan menemui jawapan bagi menyelesaikan masalahnya. Ini telah membawa kepada permulaan Kaedah Saintifik, di mana dinyatakan bahawa langkah pertamanya ialah untuk menamakan permasalahan dalam bentuk sebuah soalan. Untuk ini, Socrates dianggap sebagai bapa political philosophy dan ethics atau falsafah moral, dan sebagai pencetus kesemua tema besar dalam falsafah Barat umumnya. (Kaedah ini mungkin telah dicadangkan oleh Zeno dari Elea, tetapi Socrates menambahbaik dan mengaplikasikannya dalam permasalahan ethics.)

Dalam kaedah ini, suatu rangkaian soalan-soalan diajukan untuk membantu seseorang atau sebuah kumpulan untuk mengetahui kepercayaan dasar mereka dan sejauh mana pengetahuan yang mereka ada. Kaedah Socratic ialah kaedah negatif penghapusan hipotesis (hypothesis elimination), di mana hipotesis-hipotesis yang lebih baik ditemui dengan cara mengenalpasti dan menyahkan hipotesis-hipotesis yang membawa kontradiksi (contradictions). Ia direkabentuk untuk memaksa seseorang memeriksa kepercayannya dan kesahihan kepercayaan tersebut. Socrates pernah berkata “Aku tahu kau takkan percayakanku, tetapi Kecemerlangan Manusia yang tertinggi ialah untuk menyoal diri sendiri dan mereka yang lain.”

Sumber terjemahan: Wikipedia

Leave a comment

Filed under appreciative, images

Socrates (c. 470 – 339 SM) (Bah. 2)

Perbicaraan dan Kematian

Socrates hidup di zaman perubahan daripada kegemilangan Empayar Athens hingga kepada kekalahan empayar tersebut ke atas Sparta dan sekutu-sekutunya dalam Perang Peloponnesian. Sewaktu Athens mencuba untuk menstabilkan dan menyembuhkan dirinya daripada kekalahan yang memalukan, rakyat Athens mungkin telah mula sangsi dengan demokrasi sebagai bentuk kerajaan yang efisien. Penampilan Socrates ketika itu seakan seseorang yang kritikal ke atas demokrasi, dan perbicaraannya ditafsirkan oleh sebahagian ilmuan sebagai ekspresi perang-dalaman yang politikal.

Walaupun mengakui sanggup mati untuk negara-kotanya, pencarian dan pegangan Socrates ke atas kebenaran bercanggah dengan arus semasa politik dan masyarakat Athens. Thucydides berkata: “Tepukan dan sorakan datang kepada seseorang yang mula-mula sekali membuat suatu pakatan jahat, dan kepada sesiapa yang meraikan seseorang untuk berbuat suatu jenayah yang tidak difikirkannya.” Dia telah memuji Sparta, musuh ketat Athens, secara langsung dan tidak langsung dalam beberapa dialog. Namun, kedudukan Socrates sebagai pengkritik sosial dan moral adalah dosa ke atas negara-kotanya yang paling tepat dari sudut sejarah. Dia tidak mempertahankan status quo tetapi berusaha untuk menumpaskan tanggapan kolektif “mereka yang kuat adalah mereka yang benar” yang merupakan satu tanggapan popular di Greece di waktu itu. Plato menyifatkan Socrates sebagai gadfly (lalat parasit yang sentiasa mengganggu) ke atas negara-kotanya, di mana Socrates menimbulkan kemarahan establishment dengan soal-soal keadilan dan pencarian kebenaran. Percubaannya untuk menambah baik ikatan Athens dengan keadilan barangkali menjadi punca dia dijatuhkan hukuman mati.

Menurut Apology Plato, kehidupan Socrates sebagai “gadfly” Athens bermula apabila kawannya Chaerephon bertanya kepada oracle di Delphi sekiranya ada yang lebih bijaksana dari Socrates; Oracle menjawab bahawa tiada yang lebih bijaksana dari Socrates. Socrates percaya bahawa apa yang diperkatakan oleh oracle merupakan teka-teki, memandangkan tiada rekod pernah wujud tentang oracle memberikan pujian kepada seseorang individu ke atas pencapaian atau ilmunya. Socratescuba untuk menguji teka-teki tersebut dengan menghampiri orang-orang yang dianggap bijak-pandai oleh rakyat Athens. Dia menyoal tentang pengetahuan mereka berhubung good (kebaikan), beauty (Keindahan), dan virtue (Kualiti Moral). Apabila mendapati orang-orang ini tidak tahu tetapi berlagak tahu segalanya, Socrates menyimpulkan bahawa yang sebenarnya bijaksana adalah seseorang yang berfikir “yang aku tidak tahu, aku tidak fikirkan aku tahu.” Kebijaksanaan Socrates yang penuh paradoks membuatkan orang-orang berpengaruh yang disoalnya kelihatan bodoh, lantas belot kepadanya sehingga menuduh Socrates sebagai penjenayah.

Maka Socrates didapati bersalah mengkorupkan pemuda-pemudi Athens, dan dijatuhkan hukuman mati dengan meminum larutan racun hemlock. Socrates menolak rayuan Crito untuk mencuba lari dari penjara. Selepas meminum racun itu, Socrates diarahkan berjalan mundar-mandir sehingga kaki dan tangannya berasa berat. Setelah berbaring, orang yang memberikannya racun telah mencubit kakinya. Socrates tidak lagi mempunyai deria rasa di kakinya. Rasa kebas tersebut meresap perlahan-lahan ke seluruh tubuhnya sehingga sampai ke jantung. Beberapa ketika sebelum mati, Socrates mengujarkan kata-kata akhirnya kepada Crito, “Crito, kita berhutang seekor ayam jantan dengan Asclepius. Tolong jangan lupa untuk bayar balik.” Asclepius ialah dewa Greek yang menyembuhkan penyakit, dan kemungkinan besar Socrates berkias tentang mati yang merupakan penawar, dan kebebasan roh daripada jasad. Seorang ahli falsafah Roman bernama Seneca membuat percubaan untuk mencontohi Socrates apabila dipaksa membunuh diri oleh Maharaja Nero.

Menurut Xenophon dan Plato, Socrates mempunyai peluang untuk bolos, apabila pengikutnya berjaya merasuah pengawal penjara. Selepas lari, Socrates akan terpaksa meninggalkan Athens. Namun, Socrates tidak mahu berbuat demikian kerana beberapa sebab. 1. Dia percaya pembolosan tersebut akan menunjukkan ketakutannya untuk mati dan seseorang ahli falsafah, dalam tanggapannya, tidah harus mempunyai perasaan takut itu. 2. Walaupun seandainya dia pergi dari Athens, Socrates dan ajarannya tidak akan terus kekal di tempat lain juga. 3. Dia sedar tentang persetujuannya untuk hidup di bawah undang-undang Athens selama ini dan secara tidak langsung memungkinkan dirinya dituduh oleh rakyat dan dihakimkan oleh juri. Perbuatan yang bercanggah akan menyebabkan Socrates memecahkan ‘kontrak’ dengan negara lantas ‘mencacatkan’ kontrak tersebut. Perbuatan ini bercanggah dengan prinsip-prinsip Socratic. Maklumat lebih terperinci terkandung di dalam The Crito.

Menurut cerita Xenophon tentang pembelaan Socrates kepada jury, Socrates dengan sengaja memberikan pembelaan yang bersifat ingkar kerana “dia fikirkan lebih baik andainya dia mati.” Keterangan Xenophon menceritakan pembelaan Socrates yang merujuk kepada kepayahan usia tua, dan bagaimana gembiranya Socrates untuk membendung kepayahan tersebut dengan menjalani hukuman maut. Difahami juga bahawa Socrates bukan sahaja ingin mengelakkan kesakitan hari tuanya, malah gembira untuk mati kerana “dia memang percaya masa yang sesuai telah datang untuk mati.”

Sumber terjemahan: Wikipedia

Akan datang: Bahagian 3 – Falsafah Socrates

2 Comments

Filed under appreciative

Socrates (c. 470 – 339 SM) (Bah. 1)

Socrates ialah seorang ahli falsafah purba berbangsa Greek yang dikreditkan dengan meluas sebagai pengasas falsafah Barat. Sumber maklumat terpenting tentang Socrates ialah Plato. Dialog Plato menggambarkan Socrates sebagai seorang guru yang menafikan mempunyai pengikut, sebagai seorang manusia yang waras yang mentaati suara suci di dalam kepalanya, dan orang alim yang dijatuhkan hukuman mati untuk kepentingan negara. Socrates sangat bencikan nikmat deria, tetapi teruja oleh keindahan; Socrates menghambakan dirinya kepada pendidikan rakyat Athens, tetapi tidak mempedulikan anak-anaknya sendiri. Dia sentiasa dikatakan sebagai pengasas falsafah Barat dan orang yang paling banyak memberi pengaruh dalam bidang tersebut.

Pembicaraan dan penjalanan hukuman bunuh ke atas Socrates merupakan klimaks kerjayanya dan sebuah peristiwa penting di dalam dialog Plato. Menurut Plato, kedua-duanya tidak diperlukan. Socrates mengakui di dalam mahkamah bahawa dia boleh mengelakkan pembicaraan dengan cara meninggalkan falsafah dan duduk di rumah menjaga hal sendiri. Selepas didapati bersalah, Socrates boleh mengelakkan hukuman mati sekiranya dia bersetuju melepaskan diri dengan bantuan sahabat-sahabatnya. Alasan bagi kerjasamanya dengan mandat negara membentuk satu pandangan falsafah yang bernilai, dan diterangkan terbaik oleh dialog-dialog Plato sendiri, terutama dialog Plato bersama Crito.

 

Hidup

Keterangan terperinci tentang Socrates didapati daripada tiga sumber kontemporari: dialog Plato, drama Aristophanes, dan dialog Xenophon. Aristotle masih remaja apabila Socrates mati. Tiada bukti menunjukkan Socrates sendiri menulis apa-apa. Drama Aristophanes, Clouds, menggambarkan Socrates sebagai badut yang mengajar murid-muridnya bagaimana untuk melarikan diri dari hutang. Satu perkara penting untuk dicatatkan ialah sebahagian besar karya Aristophanes mempunyai dwifungsi sebagai komedi dan juga ejekan watak-watak sejarah, maka mengambil interpretasi Aristophanes secara serius bukanlah satu perkara yang wajar.

Menurut Plato, bapa Socrates ialah Sophroniscus dan ibunya Phaenarete, seorang bidan. Socrates mengahwini Xanthippe, yang dikatakan jauh lebih muda dari suaminya. Xanthippe juga disebut sebagai ibu kepada tiga putera Socrates – Lamprocles, Sophroniscus dan Menexenus – Socrates mati semasa anak-anaknya masih kecil, dan dikritik oleh sahabatnya Crito kerana meninggalkan mereka.

Tidak jelas bagaimana Socrates mencari rezeki. Sekiranya kita percayakan Timon of Phlius dan sumber-sumber lain, Socrates mewarisi profesyen pengukir batu dari bapanya. Tetapi tiada sumber lebih awal wujud untuk memperkuatkan cerita ini, dan Plato tidak pernah mendialogkan Socrates pergi atau pulang dari tempatnya bekerja. Sebaliknya, Plato menceritakan Socrates berkeliaran di halaman sekolah-sekolah mencari kanak-kanak untuk dijadikan kawan. Menurut Symposium Xenophon, Socrates dilaporkan berkata dia menghambakan dirinya hanya kepada seperkara yang dianggapnya sebagai seni atau pekerjaan yang paling mustahak: perbincangan falsafah. Secara berasingan, Xenophon dan Aristophanes kerap memaparkan Socrates menerima bayaran sebagai guru dan pengendali sebuah sekolah sophist bersama Chaerephon, sementara di dalam Symposium dan Apology of Socrates Plato, Socrates dengan jelas menafikan menerima hasil dari keguruannya. Di dalam Apology tersebut, Socrates menyebut kedaifan sebagai bukti bahawa dia bukan guru berbayar.

Beberapa dialog Plato merujuk kepada khidmat ketenteraan Socrates. Socrates mengatakan dia mernah berkhidmat dengan tentera Athenia di masa tiga kempen : di Potidaea, Amphipolis, and Delium. Di dalam Symposium Alcibiades (nama cam cibai) menceritakan kehebatan Socrates di dalam pertempuran Potidaea dan Delium, mengisahkan bagaimana dia menyelamatkan dirinya di dalam pertempuran pertama (219e – 221b). Perkhidmatan cemerlang Socrates di Delium juga disebutkan di dalam Lanches, dialog tulisan seorang general (181b). Di dalam Apology, Socrates membandingkan khidmat ketenteraannya dengan masalah undang-undangnya, dan berkata bahawa sesiapa di antara para juri yang berpendapat dia patut berundur dari falsafah mesti juga berfikir bahawa seorang askar patut berundur sekiranya diancam maut di medan peperangan.

Sumber: Wikipedia

1 Comment

Filed under appreciative