Hello Conor Oberst, See you later DEP.

i.

So ada la band baru yang aku duk dengar sekarang. Bukan band actually tapi this singer/songwriter called Conor Oberst. Sebelum ni dia ada band called Bright Eyes dan Bright Eyes ni aku dah terdengar/terbaca dalam media yang aku consume la. Siap ada name-dropping lagi dan berada dalam playlist ramai di kalangan blogger terkemuka tanahair. Chewah.

Anyway, aku takde stuff Bright Eyes dan aku rasa aku boleh bagi pandangan yang agak neutral bagi album ni. I’m treating it as a discovery.

Setelah sedikit research, material Bright Eyes (baca: album-album Conor Oberst sebelum ni), bersifat eclectic ie. pelbagai dan tidak stick to one formula. Tapi album  yang aku dengar ni, bertajuk Conor Oberst (Merge Records, 2008) mostly acoustic dan berbau country/folk. Aku tak tau sejak bila, tapi mamat ni sering dikaitkan dengan Bob Dylan. As in “Conor Oberst is the new Dylan”, you know? Dalam konteks sejarah muzik barat, satu perbandingan yang hebat dan membebankan buat si penerima gelaran. Mungkin versi tempatan bagi perbandingan ini adalah Cat Farish is the new Jaafar Onn. But I digress.

Perbandingan dengan Dylan sudah tentulah hasil daripada penulisan lirik Conor. Dari perspektif sesiapa yang celik sastera, tulisan pukimak ni memang tersangat tinggi nilai puitisnya. Rahsia puisi (for me at least) selamanya ialah makna, ekonomi perkataan dan kebenaran – lagu-lagu Conor ada ketiga-tiga bahan ini.

Juga dikaitkan dengan puisi Beat, tema utama bagi album ini ialah the road: kesunyian di jalanan, sinis dalam sedih, ulasan perasaan melalui objek-objek, pertuturan, babak-bakak rawak yang dialami seseorang ketika bersendirian menghadapi dunia menuju horizon yang tak sampai-sampai.

ii.

_MG_5981

Terus kepada DEP yang telah mengucapkan adios semasa mengadakan show terakhir mereka di Little Bali, Cherating pada hari Sabtu Lepas. Kawan-kawan baik aku, antara manusia-manusia terawal yang berkongsi taksub dengan muzik yang pernah aku jumpa.

Awal 90’an di Kuantan, era Hijrah, arguably band punk pertama tanahair. Di atas court takraw Taman Aman, Bukit Sekilau, di Kompleks Teruntum menghirup pencetus alcoholisme utama Melayu Islam Malaysia: Rootbeer Float di A&W. Gig di TMS Dangdut, betul-betul di bawah bilik-bilik GRO-GRO seasoned, dan di Lips Boom Boom dengan basement stagenya, 300 tubuh basah menyambut Budin, stagediver dan taukeh kelapa terhebat scene kami. Terus dikejar Butcher, atau disepak kutu thrasher kompleks kerana tolong mengalihkan kereta Tamara di SABS. Juga penyepak Man Kola kerana salah pilih raja Grindcore Malaysia.

Seperti yang aku cakap kat Acai, aku tunggu reunion korang tahun 2015 nanti. Lebih awal lebih baik la kan. Takkan nak tunggu Celcom sponsor? Aku tak tau faktor apa yang motivate dia untuk disband. Tapi aku boleh agak. Aku teka sahaja berdasarkan persahabatan aku dengan mereka lewat 15 tahun ini. Tak payah dibincangkan di sini, sedangkan dalam realiti pun, mekanisme dalam mana-mana kumpulan yang berhasrat berkarya bersama adalah sesuatu yang amat abstrak dan sulit.

Acai adalah DEP, sekuat manapun dia akan menolak kenyataan ini, itulah kebenarannya. Fahamlah, itu bukan penghinaan. Passion, integrity, keutuhan niat. Itu yang aku baca dari lirik DEP. Kesemuanya dari pena Acai. Terus aku lega dan memujuk hati yang sedikit sedih. Manusia ini akan terus berkarya, walau hanya untuk aku dan beberapa teman, dan sekiranya kamu semua bernasib baik, kamu juga.

9 Comments

Filed under appreciative

9 responses to “Hello Conor Oberst, See you later DEP.

  1. Starfish Starfruit

    Well said.

  2. Rina

    Setuju sangat dengan perenggan terakhir…

    *sob sob*

  3. Sedih. But bila teringat part ‘ cat farish is the new jaafar onn’ terus tak jadi sedih. Haha, thats funny!

  4. rolling stone dan sekutu-sekutunya panggil oberst the new dylan. selepas dia release lp lifted or the story is in the soil. which is apt. sebab makin lama oberst makin political dalam simbolism lirik-nya. aku sarankan (kalau kau ada masa) dengar track titled haligh, haligh, a lie, haligh dari album fevers and mirrors sebab, err, tak ada sebab pun, baru pagi tadi aku dengar lagu itu dalam kereta on the way nak pergi kerja, dan cd-cd oberst sentiasa ada dalam kereta aku sejak 8 tahun yang lepas. ini adalah comment terpanjang aku pernah tulis dalam blog orang yang aku tak kenal, dan kalau kau tertanya-tanya kenapa aku tak guna capital letter pada permulaan ayat, ini adalah disebabkan key ‘shift’ pada keyboard aku dah tercabut. cheers.

  5. i&w, terima kasih di atas info yang barangkali datang dari peminat terbesar dan terlama di Malaysia. Aku sedang dalam proses melengkapkan diskografi mamat ni. Agak susah carik torrent yang berfungsi. Mungkin lebih baik aku pesan dari rakan-rakan abroad.

  6. aku dengar bright eyes dari zaman napster dan audiogalaxy. selepas itu order cd import dari kedai music magic kat cm, dari mamat cina nama andrew, dan aku akan hafal semua lirik dari booklet cd-cd tu. sekarang semua discography oberst dah jadi mp3, dalam ipod, part of the magic of listening to music while admiring the cd artwork dah hilang, but still, kalau kau anggapkan ini satu discovery, maka kau dah jumpa a musical gold mine. cheers lagi. dan oh, sekarang waktu aku taip comment ini dylan sedang bermain di stereo, blowin’ in the wind, dan aku rasa hari ini akan jadi hari yang ok.

  7. M.J

    Aku sukalagi Bright Eyes dari Conor (solo). Try check out lagu Bright Eyes tajuk ‘Haligh, Haligh, Haligh’ Or ‘Love I Don’t Have to Love’.

    P/s: Aku pernah main Boom Boom tahun 2000. Memang legendary tempat tu!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s