Punktun Si Hamba Gaji

Hendak bersalin panggil mak bidan,

Limau purut bawa berlari,

Apa malang nasib si badan,

Kena bekerja setiap hari.


Hijau merimbun pohon setali,

Panas berteduh bawahnya redup,

Waktu peluang sikit sekali,

Mahu mengecap bahagia hidup.


Pendekar Mustar badannya sasa,

Jadi rebutan dara pingitan,

Senyum pahit menahan rasa,

Dimarah sindir orang atasan.


Buat kerabu pucuk pegaga,

Asah dahulu pisau yang tumpul,

Sanggup berhabis umur tenaga,

Harta secubit baru dikumpul.


Daun keladi di tengah paya,

Ikat perahu di pasir beting,

Jika hidup tanpa kerjaya,

Dipandang hina orang keliling.


Datuk penghulu mengutip cukai,

Diberi pada putera bangsawan,

Walau cukup makan dan pakai,

Harta yang zahir jadi ukuran.


Ayam jantan bertikam taji,

Di tengah hari terang benderang,

Maka tunduk si hamba gaji,

Hidup mengharap suapan orang.

11 Comments

Filed under poetic

11 responses to “Punktun Si Hamba Gaji

  1. wahlauwehh..

    hahaha.. ok ok.. menarik.

    mesej sampai.

  2. Thee Dr.

    Pessimistic little?

  3. A

    Balik kampung nun di Luit, drive plak dgn keter lame, Takde keje takde duit, takde duit takde ps3 game…he he he

  4. pakali

    ahahahaha.. cool! tp mcm sedih2 jugak aa.. hehe.

  5. Thee Dr.

    No PS3..?!! The horror!!!

  6. wah..macam sasterawan..
    good2..=)

  7. -acai-

    Bo, ari tu balik sekejap. Tok sempat nok jumpe mu. Semula eh.

  8. Hi, i’ve shifted my blog to suicidepark.blogspot.com. TQ.

  9. acai, sokay la. Semula.

    NeEM, i know, I subscribe via bloglines. TQ.

  10. acai

    Bo, bila nak tulis lagi? Aku kurang inspirasi ni…hehehe

  11. betol tu bro. hamba gaji. sedih mendengarnye. macam aku. macam membe2 aku. macam kita2. bekerje untuk keuntungan kompeni dengan bayaran murah pulak tu sungguh menyanyat hati…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s