Saaayang you tau

I dah lama nak cakap kat you, tapi I malu. Ye la kan, kat umah kita atas atap tu kan ramai sangat orang. I segan sebab aritu I dah nampak you tengah borak dengan Zek. Pastu Fifi cakap kat I lepas makan mangga haritu, you dah break ngan Zek. I pun apa lagi, terus cuba luck I la kan. Tak sangka pulak you turun bawah harini. I macam dah agak you suka tengok baldi merah tu jugak.

I harap you terima cinta I Bi. I tau I tak hensem mana. Lidah I pun average je. Tapi ia terjelir untuk you Bi. Lupakan Zek tu. I tau dia selalu berlagak cakar-cakar tunjuk kuku dia tajam kat atas atap. I takde pretensi macho tu semua Bi. I sensitif, caring, suka contemplate existence I tepi longkang petang-petang macam ni. I tak salah pilih hari. Sebab harini hari I. I toleh belakang, tengok you tengah tengok I, ekor you berhayun kiri-kanan macam dilanda bayu kosmik yang turut membuai perasaan I. Lantas, tanpa kata-kata, you peluk I. Dan I izinkan. Bahkan menuntut hak I untuk dicintai oleh you, sayang.

27 Comments

Filed under fiction

27 responses to “Saaayang you tau

  1. atie

    OMG, meremang bulu roma bile tengok gambar ni! Just look at the claws..oh my..Nway, nice shot..haha and nice story.🙂

  2. Scarynya! Bodoh punya biawak, sempat buat aksi.

  3. ted

    huahahahahahhahaaha…..anyway 1 of the rarest pic…

  4. pijo

    Sekarang memang musim mengawan. Tak percaya tanya Komeng.

  5. atie, hehe thanks. Aku tak sempat nak interview diorang semalam. Diorang ada band: The Horny Reptilians.

    rhona, aku rasa couple tu sebaya ngan ko kot. Tengah gatal ketiak.

    ted, adik aku amik pic tu. Anyway, kalau turun kontan nanti email aku : izzmuazz@yahoo.com

    pijo, Komeng bukan spesies sama la. Spesies dia tengah hibernate sekarang.

  6. Masa first time tengok gambar tu: OH MY GOD! Besarnya! I’m so jakun biawak, ingatkan dorang besar macam cicak XXL je. Panjang pulak tu ekor dorang, macam ular je.

    Haha btw, funny story.

  7. mag, they are seriously that huge. Imagine one of them looking at you through the window while you’re taking a shower, such a regular occurrence now we just ignore them. But they still creep me out if I happen to to stumble upon one of them outside.

  8. cool gile bebbb!!!besar siottt..goreng pun sodapp

  9. azlizaayob

    Performance art at its best! Serious gila camana korang tinggal dengan biawak2 tu setiap hari. Kat rumah aku cuma ada 3 ekor beruk, 4 musang pandan , kelawar buah (datang musim rambutan je) dan biasala kucing dan ayam tapi BIAWAK?? Nasib tak ada….Jaga-jaga si Pia tu ok! (a mother always worried about their kids)

  10. Thee Dr.

    Reptilian love is the sweetest love of all.

  11. hoi itu biawak dah macam family ko dah.
    siap bergambar touching gitu.
    anak² dia takde sekali ke?
    ke tak kawin lagi biawak nih?
    ehehehe.

  12. tarantula, ha goreng pastu bagi ko makan. Nak?

    azlizaayob, hehe Pia tu memang phobia biawak. Kalau dia nangis malam2, aku cakap biawak suka jilat air mata. Confirm senyap.

    Dr, please don’t tell me you’ve had reptilian dates.

    mentallyaddicted, belum kahwin lagi tu. Minggu depan nak merisik kot, kalau jodoh kuat terus bertunang. Pastu bawak mertua pusing-pusing town. Pastu tak jadi kasi CD kat member.

  13. A

    you sick sick man….darling are u now a bewok pimp??!!!!

    *part lidah tuh geli la wei!!!!!*

  14. mana aku tau bile musim mengawan…
    tapi yang pasti bewok tu melompat..
    first time aku tengok bewok lompat…

  15. menakutkan!the same feeling kalau nampak bewak melintas.
    benda tak baek ni.

    huhu

  16. A, ye ke geli? Geli camana ah? Geli haha ke geli yuck ke geli geli?

    komeng, tau la ko live witness. Tulis la poem pasal biawak melompat.

    asra, orang kata kalau masuk dalam rumah baru bad luck. The critters on the back porch, so they were technically out of the house. Thank god for that.

  17. pakali

    haha, lawa gambar ni. Nampak comey pulok!

  18. Hahaha! Aku sokong Pak Ali…memang cantik. Omputih kata ” the true Kodak moment”…

    National Geographic dah tunggu 16 tahun but never come across this shot… Boleh jual ni… ;P

    p/s : Bo, makanan ruji tarantula memang biawak goreng…😛

  19. pijo

    Wow! Sambutan yang sangat menggalakkan!
    Lepas ni buat blog pasal bewok ah..
    Atau pasal accidental pet yang ada kat rumah!
    Atau pasal binatang mengawan..
    Mesti hot!

  20. pakali, ha kalau comel, tolong la aku tangkap sekor-sekor. Ko pun tengah cuti kan? Sekor 50 sen. Amacam? hehe.

    acai, aku dah search kat youtube… bersepoh video biawak. Hehe. Doksoh kaca la Tarantula tu.

    pijo, accidental pet? Ko kejam.

  21. tgk “peha” tu ….isi byk tuuu..sup peha pun ok.!

  22. pakali

    aku tak suka kacau binatang. aku penyayang! hehe

  23. syibba yg geli tgk biawak itew..

    eeeeeeewwwwwwwwwwwwwwww

  24. Fiza, awwwwwww back.

    tarantula, natang, geli ah bodo.

    pakali, haah penyayang yang suka kira bintang kan?

    syibba, ewwwww back.

  25. huih..gemaoouknye bewok..kalo org asli/org india mesti suke nih *lauk* isha penah tgk org asli kat muadzam dlu jinjit bewok beso kt blkg bdn..dah mcm Iklan Scott Emulsion yg dolu2 tu je gayenyer…sape yg shoot nih? neway nice story..!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s