S, Tahun Baru dan Coklat

Barangkali masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2008 kepada semua.

Aku di sekolah semula, bermula hari pendaftaran 2 januari lalu. Agak selesa bekerja setelah bercuti sekian lama menghadap Playstation dan kemalasan memblog. Aku perlu merajinkan diri menulis walaupun nota-nota picisan sebegini. Membolehkan aku mengalihkan perhatian daripada isu-isu yang membenakkan.

Pada pagi tahun baru 2007 yang lalu, aku telah poskan entri ini beserta gambar S. Barangkali ini adalah inisiatif untuk mendokumentasikan wajah-wajah S sementara beliau membesar. Pada tahun ini juga gambar S diambil (tetapi oleh A, kerana aku sedang tidur… hangover dari bir-bir malam tahun baru di Cherating Steak House) tetapi belum dimuatnaikkan.

S semakin petah bertutur. Mungkin kami biased kerana kami ibu-bapanya tetapi kami percaya kebolehan beliau mengumpul perkataan baru amatlah menakjubkan. Pada usia 2 setengah tahun, S tidak mempunyai masalah untuk menzahirkan emosi-emosi asas dalam bentuk ujaran. Kami akan tahu apabila S ceria, sedih, keliru, takut, risau, hairan dan sebagainya.

S juga seorang Permaisuri yang susah tidur. Apabila sudah larut malam, kadang-kala menjelang pukul 2 pagi, S akan mula menunjukkan simptom-simptom mengantuknya. Mula mencari bantal peluk hijau dan nyonyotnya (pacifier). Kemudian bermulalah istiadat pra-beradu Permaisuri ini. Minta digaru, meminta susu berkali-kali supaya boleh dia mengikut Mamanya ke dapur. Apa saja yang boleh menunda waktu matanya terlelap. Cerita-cerita lisan Cinderella membeli hantaran perkahwinan di kedai Ah Chai, Scooby Doo ke pasaraya Giant dimarahi pak guard kerana bermain trolley dan pelbagai kisah lain terpaksa direka spontan oleh kami yang selalunya sudah separuh pengsan mengantuk. Istiadat pra-beradu ini biasanya akan berakhir dengan suara kami memarahinya kerana dia memarahi kami kerana keadaan dirinya yang keberatan untuk tidur.

Dan esok S akan menerima splastik coklat dari kedai Ah Chai sebagai hadiah dari ibu-bapanya sebagai tebusan rasa bersalah dan sesalan.

2 Comments

Filed under anecdotal

2 responses to “S, Tahun Baru dan Coklat

  1. pakali

    selamat tahun baru too.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s