Eid Mubarak!

Saya sedang berbaring di atas katil di dalam bilik kami di rumah mertua saya di Kelang. Sakit pinggang. Akibat percubaan untuk duduk, makan dan membaca akhbar secara serentak ketika bersarapan pagi tadi.

Sambutan hari raya tahun ini bermula pada pukul 10.30 pagi apabila saya bangun dari tidur, mandi dan mengenakan baju melayu hijau yang dibuat sempena majlis perkahwinan P dan L tempohari. Agak selamba sambutan tahun ini (secara peribadi) seperti beberapa tahun kebelakangan ini. Tiada nafsu untuk beraya kerana terlampau bernafsu ketika (tidak) berpuasa.

Acara bersalaman dengan keluarga dijalankan seperti biasa. Keampunan diminta dari ayah dan bonda dan keampunan diberi (bersama duit raya) kepada adik-adik yang berdosa kecil (terlupa beli rokok pesanan) dan besar (terlanggar pintu kereta).

Raya pertama diserikan dengan kehadiran Puyu yang sudah hampir 10 tahun tidak pernah gagal menjadi Jurugambar Rasmi majlis raya kami. Terima kasih Puyu. Tanpa kamu, raya hanya seperti hari yang tak raya. Kamu di antara 10 rukun raya keluarga kami.

Bangun pada hari raya kedua pada pukul 10 pagi, bersiap untuk pulang ke Jelebu, Negeri Sembilan, kampung halaman keluarga sebelah ibu. Kami berkonvoi dua kereta: Saya bersama anak dan isteri serta Yaya di dalam sebuah kereta, Mama, Abah, En. Chala dan Kom di dalam Persona baru Abah. P dan L tidak bersama kerana menyambut raya di Jerantut bersama keluarga L.

Suatu insiden agak menakutkan berlaku apabila saya terpaksa membrek kereta dengan mengejut apabila Abah membrek untuk mengelak segerombolan pemacu motorsikal dihadapan. S yang sedang berbaring di belakang telah tergolek dan jatuh ke lantai kereta. Kepalanya terhantuk di tapak kerusi hadapan yang diperbuat dari besi. Hasilnya, luka ringan dan bengkak di kepala S. Mujur kereta baru Abah datang bersama Kit Kecemasan percuma. Kepala S dirawat dengan alcohol swab dan plaster berubat dari kit tersebut. Terima kasih Proton!

Kami sekeluarga berkampung di Rumah Rehat Kuala Klawang. Sementara Mama dan Abah berziarah ke rumah-rumah saudara-mara minor, saya dan A ‘berehat’ di dalam bilik.

Sebelum Maghrib kami tiba di rumah Mak Tam yang merupakan Hos bagi acara Raya tahunan kami. Setiap tahun, adik-beradik ibu saya akan bergilir menganjurkan acara ini. Selepas solat Maghrib berjemaah dan Tahlil Arwah, acara penyampaian duit raya dijalankan.

S yang berplaster di dahi telah menerima nama timangan ‘Benjol’ dan ‘Lanun Kemunting’. Dia juga menjadi penghibur pada malam itu dengan karenahnya dan kepetahannya bercakap. Saya dan isteri tidak dapat menjawab apabila sanak-saudara berkomentar tentang kemahiran bertutur S yang melampaui kebolehan anak-anak mereka pada usia yang sama.

 

8 Comments

Filed under anecdotal

8 responses to “Eid Mubarak!

  1. pakali

    dude, precaution is what u need. ahh, selamat hari raya.

  2. alcohol swab & plaster dalam first aid kit yang dibekalkan proton memang cukup untuk luka kecil & bengkak tetapi tak cukup untuk seorang mat rempit yang tergolek di depan kedai ikan masin Batu 3 Jalan Gambang. Kalau tak silap, mat rempit tu budak Kemunting jugak. Kebetulan?

  3. Salam,errr aku nak inform ko yang aku terambil lagu2 dalam box tu.I hope its okay wit u sebab lagu tu best.Nak amik 1 je tapi teramik sume.Sori dude.Thanx to u.

  4. yuzy… no problem. actually ko nak amik yang mana satu dulu? Just curious…

  5. Stevie Nicks.Aku terkesan dgn lyric dia.Damn.Haha.Thanx dude.

  6. Broken Starfish

    Blog ni dah senyap.

    Its. oh. so. quiet! Shhh.. shhh…

  7. p

    saya setuju…

    penulis blog ini mungkin telah menjumpai sesuatu
    yang lebih mengasyikkan daripada menulis blog ini.

    Atau penulis busy.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s