Ter Bah Boh!!!

Kejohanan Olahraga Tahunan sekolah aku akan berlangsung hari Ahad 29 April nanti. So sekarang the week before the actual day dan keadaan di sekolah huru-hara dengan budak-budak melekit sebab bersukan dan guru-guru melekit sebab tak bawak baju sukan.

Sebagai salah satu guru pembimbing Rumah Temenggong (Hijau) yang pro-aktif dan mementingkan keseronokan pelajar, aku pastikan aku melibatkan diri secara hands-on dengan aktiviti-aktiviti keolahragaan pelajar. Dengan bantuan guru Ketua Rumah (Puan K), aku mengambil kehadiran pelajar, memantau pelajar dan memberi motivasi berkelompok dengan cara membuat sorakan (cheering) yang aku reka ikut suka hati mak bapak aku. Aku hadir di setiap sessi latihan rumah yang diadakan di sebelah petang. Di tengah panas terik pukul 3 sehingga 5 aku akan bersama mereka membasahkan ketiak sambil ditonton oleh sebilangan guru perempuan berbaju kurung dan bertudung sedondon menjinjing beg tiruan coach/guess masing-masing.

Mereka akan duduk dalam kelompok mereka di bawah pokok ru sambil memerhatikan make-up masing-masing cair. Semakin petang, semakin muncunglah bibir mereka kerana tidak boleh balik awal. Ini dipastikan oleh guru penolong kanan ko-kurikulum kami (juga berbaju kurung tetapi berkasut trek) yang akan meronda membawa buku log untuk merekodkan kehadiran guru. Samada duduk di bawah pokok berbual dikira hadir ke latihan sukan atau tidak sukar untuk aku pastikan.

Salah satu cara untuk rumah-rumah sukan mendapat markah tambahan ialah dengan memenangi pertandingan menghias khemah. Ini acara aku. Tiada, aku ulang tiada orang lain akan menang. Tahun lepas aku mengetuai Rumah Bendahara (Kuning) untuk memenangi acara tersebut dengan tema Gold and Glory. Tak susah. Canopy yang boleh muat 40 orang itu telah aku hiasi dengan duit syilling plastik keemasan (duit emas chinese new year) yang aku perolehi dari studio tempat P & L bekerja. Aku tambunkan juga kepingan syilling yang pertama di dalam sebuah tempayan yang aku letakkan di depan khemah.

Tahun ini aku telahpun melakarkan rekabentuk khemah dengan tema military untuk rumah hijau. Dua biji meriam polystyrene akan aku letakkan mengapit pintu masuk utama khemah bersama banner besar dengan tulisan ‘Batallion Hijau Temenggong’. Siap kau. Selepas hari sukan, kedua-dua meriam itu akan aku letakkan di depan surau sekolah atau aku acukan di hadapan pintu pejabat Pengetua.

10 Comments

Filed under anecdotal

10 responses to “Ter Bah Boh!!!

  1. brokenstarfish

    Jahanam dapat cikgu camni!!!

    Which school do you teach again? Just making sure I have no relatives sending their kids there. Kang sia2 anak sedara aku kena acu ngan meriam kang… LOL!

  2. errr…. Sekolah Memandu Rickie Sam. Kat stadium.

  3. Sang Kelembai

    Sekolah Memandu Rickie Sam. Kat stadium – Klasik gile…

    Bapak Shahril Yak Rang punye driving school tu, apa nama ha??

  4. Shahril Yak Rang… LOL. Sekolah Memandu Pedati. Kat stadium jugak.

  5. tarantula besi

    kah kah kah…sekolah memandu pedati..giler ah klasik!

  6. Sang Kelembai

    Haa…Sekolah Memandu Pedati…hahaha….kim salam kat Shahril kalau jumpe die…kabo die aku miss band GHOULS la…hahaha…

  7. partimehousewife

    wah…aku suka cikgu gini!! *clap clap*

    dulu aku hias sendiri jek tau. cikgu tak pedulik pun. tema takde pun ……… aku rumah hitam..ini nama tak komersial….nama komersialnnyaaaa…..DELTA DE LEOPARD!! nak tengok gambar umah sukan aku???ilham ko untuk sukan skolah tahun depan…LOL

  8. partimehousewife… nak la tengok gambar umah sukan kau. bak maih ahhh. ntah camana aku boleh jadi pengamat rekabentuk rumah-rumah sukan ni…

  9. RAVE PARTY RAVE PARTY

    JERITAN PESTA HARI BURUH
    MAYDAY EVE RAVE PARTY

    AT Bau Bau Café
    CENTRAL MARKET ANNEX

    30th APRIL 2007
    DOOR OPENS at 8.30 pm – hingga SUBUH

    FREE ENTRANCE/MASUK PERCUMA

    NOTE : Dress code – cool/stylish/trendy/ and counter culture

    Pemusik/Musician

    Indra solo gitar
    Man Iblis solo violin
    Lala solo seksafon
    Sampah Masharakat dugrido
    Man Jambu/Pijan Gitar

    JEMPUNTAN KHAS/ SPECIAL GUEST

    MAN SERAWAK
    will be playing his SIFAR instrument

    DJ for the nite – Le Mignon Grapy
    Xeandado
    HukhahaHUx

    Musik – 40’s, 50’s, 60’s, 70’s, 80’ – into CORE, Metal, Grunge, PUNK and post PUNK

    MENJERIT sepanjang MALAM – RAVE all NITE LONG –
    Meloncat/Berjongeng/Menari/ SEPANJANG MALAM

    DANCE DANCE DANCE – all NITE long
    SPECIAL ATTRACVTION – DANG dut – INOL and R. AZMI

    ALL wellcome/Semua DIAJAK datang –

    RAVe Party – Monday Nite Malam Isnin 9.00pm
    30 April 2007
    Central Market ANNEX – Live Music/DJ
    Enter Free before MID NITE
    DRESS – Trendy/cool/ NO Office Look

  10. Erie

    klu cam 2 aku ikut jugak laaaaaaaaaa>>>>

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s