Socrates (c. 470 – 339 SM) (Bah. 4)

Kepercayaan falsafah

Kepercayaan-kepercayaan Socrates sukar dilihat dengan tepat, tidak seperti kepercayaan-kepercayaan Plato. Tidak terdapat bukti kukuh yang memisahkan kedua-duanya. Teori-teori panjang yang diberikan dalam sebahagian besar dialog-dialog merupakan kepunyaan Plato, dan difikirkan bahawa Plato mengadaptasikan Kaedah Socratic untuk membuatkan watak literari dan ahli falsafah itu sendiri mustahil untuk dipisahkan. Pendapat-pendapat lain menyatakan dia memang mempunyai teori dan kepercayaan sendiri, tetapi wujud pelbagai kontroversi tentang apa yang dimaksudkan oleh teori dan kepercayaan tersebut, disebabkan kesukaran memisahkan Socrates dari Plato dan kesulitan untuk mentafsirkan tulisan-tulisan dramatik tentang Socrates sekalipun. Maka, membezakan kepercayaan falsafah Socrates dari Plato dan Xenophon bukan sesuatu yang mudah dan perlu diingatkan bahawa karya yang dianggap tulisan Socratesbarangkali lebih mencerminkan kepentingan-kepentingan khusus para pemikir ini.

Sekiranya sesuatu yang umum boleh diperkatakan tentang kepercayaan falsafah Socrates, ianya ialah penentangan secara moral, intelektual dan politikal dengan rakyat Athens yang lain. Semasa dia dibicarakan atas tuduhan membidaah dan mengkorupkan belia, dia menggunakan kaedah elenchos untuk menunjukkan kepada para juri bahawa nilai-nilai moral mereka adalah salah. Dia memberitahu mereka bahawa mereka lebih mengambil berat tentang keluarga, kerjaya dan tanggungjawab politikal apabila mereka sepatutnya risaukan “kebajikan roh mereka” (“the welfare of their souls“). Kepercayaan Socrates kepada keabadian roh dan kepastiannya bahawa tuhan-tuhan telah memilihnya sebagai utusan suci telah menimbulkan gangguan dan ejekan. Socrates juga mempersoalkan doktrin Sophistic di mana arete (iaitu, kebaikan) boleh diajar. Dia pernah membuat pemerhatian bahawa bapa-bapa yang berjaya (seperti Pericles, general tentera yang ternama) telah gagal melahirkan anak-anak lelaki yang berkualiti seperti mereka. Socrates berpendapat kecemerlangan moral lebih merupakan kurniaan ilahi daripada asuhan keibu-bapaan. Kepercayaan ini barangkali menyumbang kepada ketidak-risauannya tentang masa hadapan anak-anak lelakinya sendiri.

Socrates sering berkata bahawa ide-idenya bukan kepunyaannya sendiri, dan dia telah diajar oleh guru-gurunya. Dia menyebut beberapa sumber pengaruh: Prodicus si rhetor dan Anaxagora si saintis. Mungkin suatu kejutan, Socrates menyatakan dia telah dipengaruhi dengan mendalam oleh dua orang wanita selain ibunya. Dia berkata Diotima, seorang ahli sihir perempuan dan pendeta dari Mantinea mengajar semua yang diketahuinya tentang eros, atau cinta, dan Aspasia, perempuan simpanan Pericles, mengajarnya bacaan-bacaan pengkebumian. John Burnet menyatakan guru utama Socrates ialah Archelaus dari Anaxagorea tetapi ide-idenya sendiri adalah seperti yang dihuraikan oleh Plato; Eric A. Havelock pula menganggap hubungan Socrates dengan Anaxagorea merupakan bukti pemisahan falsafah Plato dari Socrates.

Sumber terjemahan : Wikipedia

3 Comments

Filed under appreciative

3 responses to “Socrates (c. 470 – 339 SM) (Bah. 4)

  1. search and watch out “socrates was a prophet”. “Socrates itu nabi” tapi dikatakannya socrates itu ahlul falsafah.

  2. Ryna :)

    hmm… knapa pilih socrates?
    uiks.. tba2 tringat filem 300, no connection lgsung haha!
    mypleasure to drop by, at least i cud learn one or two (^_^)

  3. seenoname

    muka socrates ada iras muka penulis kalau dibuangkan misai dan janggutnya.. :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s