Socrates (c. 470 – 339 SM) (Bah. 2)

Perbicaraan dan Kematian

Socrates hidup di zaman perubahan daripada kegemilangan Empayar Athens hingga kepada kekalahan empayar tersebut ke atas Sparta dan sekutu-sekutunya dalam Perang Peloponnesian. Sewaktu Athens mencuba untuk menstabilkan dan menyembuhkan dirinya daripada kekalahan yang memalukan, rakyat Athens mungkin telah mula sangsi dengan demokrasi sebagai bentuk kerajaan yang efisien. Penampilan Socrates ketika itu seakan seseorang yang kritikal ke atas demokrasi, dan perbicaraannya ditafsirkan oleh sebahagian ilmuan sebagai ekspresi perang-dalaman yang politikal.

Walaupun mengakui sanggup mati untuk negara-kotanya, pencarian dan pegangan Socrates ke atas kebenaran bercanggah dengan arus semasa politik dan masyarakat Athens. Thucydides berkata: “Tepukan dan sorakan datang kepada seseorang yang mula-mula sekali membuat suatu pakatan jahat, dan kepada sesiapa yang meraikan seseorang untuk berbuat suatu jenayah yang tidak difikirkannya.” Dia telah memuji Sparta, musuh ketat Athens, secara langsung dan tidak langsung dalam beberapa dialog. Namun, kedudukan Socrates sebagai pengkritik sosial dan moral adalah dosa ke atas negara-kotanya yang paling tepat dari sudut sejarah. Dia tidak mempertahankan status quo tetapi berusaha untuk menumpaskan tanggapan kolektif “mereka yang kuat adalah mereka yang benar” yang merupakan satu tanggapan popular di Greece di waktu itu. Plato menyifatkan Socrates sebagai gadfly (lalat parasit yang sentiasa mengganggu) ke atas negara-kotanya, di mana Socrates menimbulkan kemarahan establishment dengan soal-soal keadilan dan pencarian kebenaran. Percubaannya untuk menambah baik ikatan Athens dengan keadilan barangkali menjadi punca dia dijatuhkan hukuman mati.

Menurut Apology Plato, kehidupan Socrates sebagai “gadfly” Athens bermula apabila kawannya Chaerephon bertanya kepada oracle di Delphi sekiranya ada yang lebih bijaksana dari Socrates; Oracle menjawab bahawa tiada yang lebih bijaksana dari Socrates. Socrates percaya bahawa apa yang diperkatakan oleh oracle merupakan teka-teki, memandangkan tiada rekod pernah wujud tentang oracle memberikan pujian kepada seseorang individu ke atas pencapaian atau ilmunya. Socratescuba untuk menguji teka-teki tersebut dengan menghampiri orang-orang yang dianggap bijak-pandai oleh rakyat Athens. Dia menyoal tentang pengetahuan mereka berhubung good (kebaikan), beauty (Keindahan), dan virtue (Kualiti Moral). Apabila mendapati orang-orang ini tidak tahu tetapi berlagak tahu segalanya, Socrates menyimpulkan bahawa yang sebenarnya bijaksana adalah seseorang yang berfikir “yang aku tidak tahu, aku tidak fikirkan aku tahu.” Kebijaksanaan Socrates yang penuh paradoks membuatkan orang-orang berpengaruh yang disoalnya kelihatan bodoh, lantas belot kepadanya sehingga menuduh Socrates sebagai penjenayah.

Maka Socrates didapati bersalah mengkorupkan pemuda-pemudi Athens, dan dijatuhkan hukuman mati dengan meminum larutan racun hemlock. Socrates menolak rayuan Crito untuk mencuba lari dari penjara. Selepas meminum racun itu, Socrates diarahkan berjalan mundar-mandir sehingga kaki dan tangannya berasa berat. Setelah berbaring, orang yang memberikannya racun telah mencubit kakinya. Socrates tidak lagi mempunyai deria rasa di kakinya. Rasa kebas tersebut meresap perlahan-lahan ke seluruh tubuhnya sehingga sampai ke jantung. Beberapa ketika sebelum mati, Socrates mengujarkan kata-kata akhirnya kepada Crito, “Crito, kita berhutang seekor ayam jantan dengan Asclepius. Tolong jangan lupa untuk bayar balik.” Asclepius ialah dewa Greek yang menyembuhkan penyakit, dan kemungkinan besar Socrates berkias tentang mati yang merupakan penawar, dan kebebasan roh daripada jasad. Seorang ahli falsafah Roman bernama Seneca membuat percubaan untuk mencontohi Socrates apabila dipaksa membunuh diri oleh Maharaja Nero.

Menurut Xenophon dan Plato, Socrates mempunyai peluang untuk bolos, apabila pengikutnya berjaya merasuah pengawal penjara. Selepas lari, Socrates akan terpaksa meninggalkan Athens. Namun, Socrates tidak mahu berbuat demikian kerana beberapa sebab. 1. Dia percaya pembolosan tersebut akan menunjukkan ketakutannya untuk mati dan seseorang ahli falsafah, dalam tanggapannya, tidah harus mempunyai perasaan takut itu. 2. Walaupun seandainya dia pergi dari Athens, Socrates dan ajarannya tidak akan terus kekal di tempat lain juga. 3. Dia sedar tentang persetujuannya untuk hidup di bawah undang-undang Athens selama ini dan secara tidak langsung memungkinkan dirinya dituduh oleh rakyat dan dihakimkan oleh juri. Perbuatan yang bercanggah akan menyebabkan Socrates memecahkan ‘kontrak’ dengan negara lantas ‘mencacatkan’ kontrak tersebut. Perbuatan ini bercanggah dengan prinsip-prinsip Socratic. Maklumat lebih terperinci terkandung di dalam The Crito.

Menurut cerita Xenophon tentang pembelaan Socrates kepada jury, Socrates dengan sengaja memberikan pembelaan yang bersifat ingkar kerana “dia fikirkan lebih baik andainya dia mati.” Keterangan Xenophon menceritakan pembelaan Socrates yang merujuk kepada kepayahan usia tua, dan bagaimana gembiranya Socrates untuk membendung kepayahan tersebut dengan menjalani hukuman maut. Difahami juga bahawa Socrates bukan sahaja ingin mengelakkan kesakitan hari tuanya, malah gembira untuk mati kerana “dia memang percaya masa yang sesuai telah datang untuk mati.”

Sumber terjemahan: Wikipedia

Akan datang: Bahagian 3 – Falsafah Socrates

2 Comments

Filed under appreciative

2 responses to “Socrates (c. 470 – 339 SM) (Bah. 2)

  1. Maureen

    Boleh tak tulis tentang pemikiran Sophist? Untuk dibezakan dengan pemikiran Socrates?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s