Socrates (c. 470 – 339 SM) (Bah. 1)

Socrates ialah seorang ahli falsafah purba berbangsa Greek yang dikreditkan dengan meluas sebagai pengasas falsafah Barat. Sumber maklumat terpenting tentang Socrates ialah Plato. Dialog Plato menggambarkan Socrates sebagai seorang guru yang menafikan mempunyai pengikut, sebagai seorang manusia yang waras yang mentaati suara suci di dalam kepalanya, dan orang alim yang dijatuhkan hukuman mati untuk kepentingan negara. Socrates sangat bencikan nikmat deria, tetapi teruja oleh keindahan; Socrates menghambakan dirinya kepada pendidikan rakyat Athens, tetapi tidak mempedulikan anak-anaknya sendiri. Dia sentiasa dikatakan sebagai pengasas falsafah Barat dan orang yang paling banyak memberi pengaruh dalam bidang tersebut.

Pembicaraan dan penjalanan hukuman bunuh ke atas Socrates merupakan klimaks kerjayanya dan sebuah peristiwa penting di dalam dialog Plato. Menurut Plato, kedua-duanya tidak diperlukan. Socrates mengakui di dalam mahkamah bahawa dia boleh mengelakkan pembicaraan dengan cara meninggalkan falsafah dan duduk di rumah menjaga hal sendiri. Selepas didapati bersalah, Socrates boleh mengelakkan hukuman mati sekiranya dia bersetuju melepaskan diri dengan bantuan sahabat-sahabatnya. Alasan bagi kerjasamanya dengan mandat negara membentuk satu pandangan falsafah yang bernilai, dan diterangkan terbaik oleh dialog-dialog Plato sendiri, terutama dialog Plato bersama Crito.

 

Hidup

Keterangan terperinci tentang Socrates didapati daripada tiga sumber kontemporari: dialog Plato, drama Aristophanes, dan dialog Xenophon. Aristotle masih remaja apabila Socrates mati. Tiada bukti menunjukkan Socrates sendiri menulis apa-apa. Drama Aristophanes, Clouds, menggambarkan Socrates sebagai badut yang mengajar murid-muridnya bagaimana untuk melarikan diri dari hutang. Satu perkara penting untuk dicatatkan ialah sebahagian besar karya Aristophanes mempunyai dwifungsi sebagai komedi dan juga ejekan watak-watak sejarah, maka mengambil interpretasi Aristophanes secara serius bukanlah satu perkara yang wajar.

Menurut Plato, bapa Socrates ialah Sophroniscus dan ibunya Phaenarete, seorang bidan. Socrates mengahwini Xanthippe, yang dikatakan jauh lebih muda dari suaminya. Xanthippe juga disebut sebagai ibu kepada tiga putera Socrates – Lamprocles, Sophroniscus dan Menexenus – Socrates mati semasa anak-anaknya masih kecil, dan dikritik oleh sahabatnya Crito kerana meninggalkan mereka.

Tidak jelas bagaimana Socrates mencari rezeki. Sekiranya kita percayakan Timon of Phlius dan sumber-sumber lain, Socrates mewarisi profesyen pengukir batu dari bapanya. Tetapi tiada sumber lebih awal wujud untuk memperkuatkan cerita ini, dan Plato tidak pernah mendialogkan Socrates pergi atau pulang dari tempatnya bekerja. Sebaliknya, Plato menceritakan Socrates berkeliaran di halaman sekolah-sekolah mencari kanak-kanak untuk dijadikan kawan. Menurut Symposium Xenophon, Socrates dilaporkan berkata dia menghambakan dirinya hanya kepada seperkara yang dianggapnya sebagai seni atau pekerjaan yang paling mustahak: perbincangan falsafah. Secara berasingan, Xenophon dan Aristophanes kerap memaparkan Socrates menerima bayaran sebagai guru dan pengendali sebuah sekolah sophist bersama Chaerephon, sementara di dalam Symposium dan Apology of Socrates Plato, Socrates dengan jelas menafikan menerima hasil dari keguruannya. Di dalam Apology tersebut, Socrates menyebut kedaifan sebagai bukti bahawa dia bukan guru berbayar.

Beberapa dialog Plato merujuk kepada khidmat ketenteraan Socrates. Socrates mengatakan dia mernah berkhidmat dengan tentera Athenia di masa tiga kempen : di Potidaea, Amphipolis, and Delium. Di dalam Symposium Alcibiades (nama cam cibai) menceritakan kehebatan Socrates di dalam pertempuran Potidaea dan Delium, mengisahkan bagaimana dia menyelamatkan dirinya di dalam pertempuran pertama (219e – 221b). Perkhidmatan cemerlang Socrates di Delium juga disebutkan di dalam Lanches, dialog tulisan seorang general (181b). Di dalam Apology, Socrates membandingkan khidmat ketenteraannya dengan masalah undang-undangnya, dan berkata bahawa sesiapa di antara para juri yang berpendapat dia patut berundur dari falsafah mesti juga berfikir bahawa seorang askar patut berundur sekiranya diancam maut di medan peperangan.

Sumber: Wikipedia

1 Comment

Filed under appreciative

One response to “Socrates (c. 470 – 339 SM) (Bah. 1)

  1. A

    kalau socky sakit gigi dia buat apa yer?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s