Padi : Band Berbahasa Melayu Terbaik di Dunia?

 

Padi

Padi

Ya, memang mereka dari Indonesia. Tapi kau faham apa yang mereka nyanyikan? Bagus. Itu Bahasa Melayu namanya. Aku tak faham komentar segelintir peminat muzik Malaysia yang menganggap kredit bagi band-band “asing” tidak harus diberikan. Kononnya mereka tidak “terhegeh-hegeh” memainkan lagu “kita” tetapi karya mereka unggul di sini. Entah. Aku masih belum mahu berbangga dengan Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall.

Tapi Padi berhak atas sanjungan sesiapapun. 5 sahabat dari Universiti Airlangga, Surabaya, muzik Padi berteraskan rock mirip u2 dan The Police dengan melodi yang mantap. Lirik mereka berkisar tema-tema sejagat dan cinta. Dan songcraft yang mampu membuat Yusri KRU tepuk dahi kerana masih menulis lagu2 untuk nyanyian budak-budak lawa.

Detail yang terkandung dalam permainan gitar Piyu dan Ari mencerminkan keserasian sebagai rakan seband yang wujud selepas entah berapa ribu jam masa studio. Drummer (Yoyok) dan bassist (Rindra) dua lagi pemuzik yang diberkati kemahiran teknikal mengagumkan. Bersama dengan vokal cemerlang oleh Fadly, terdapat keserasian yang menggambarkan persahabatan dan pengkaryaan kolaboratif yang terdapat pada semua band-band penting. Aku andaikan keserasian ini yang membuatkan lagu-lagu mereka bernafas dan bebas dari posturing yang semakin ketara dalam muzik sebuah lagi gergasi Indonesia: Dewa 19.

Muzik Padi yang bebas-politik dan bebas-ironi juga suatu ciri yang menyegarkan. Maka jangan kecewakan dirimu dengan Padi kalau kau masih melalui fasa ‘marah sistem’ atau mempunyai sindrom ‘fuck melody, let’s trip on bleeps from Thom Yorke’s nasal cavities’.

Juga jauhi Padi kalau kau pernah Afundi Mawi.

4 Comments

Filed under appreciative, images

4 responses to “Padi : Band Berbahasa Melayu Terbaik di Dunia?

  1. Zaharil

    Muzik PADI is fucking brilliant!!!

  2. Zaharil and Mawi…. I totally agree!

  3. padi tak ada matinya
    kreatif menurut aku, bukan karna aku cinta mati ama PADI tapi mang musik nya beda ama yang lain
    bukan hanya kerja dalam musik, PADI adalah perjalanan spiritual dalam bermusik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s