Mengapa Semusim Di Neraka masih berada di blogroll Kuburan Dakwat.

Aku tak tahu jika kau pernah membaca Semusim Di Neraka oleh Mikon. Tapi mungkin kau tak akan dapat membacanya lagi. Kalau kau klik di sini kau akan tau apa maksud ku.

Aku hanya mula membaca Mikon sejak 2 bulan lalu. Kehadiran beliau seiring dengan pengaktifan akaun Streamyx kami. Terjumpa link Semusim di Neraka di ricecooker dan bermulalah perjalanan ku masuk ke dalam dunia Mikon.

Mikon berumur sekitar 30’an, lelaki Melayu dan seorang penulis bebas. Ini semua berpandukan ingatan sahaja kerana bahan rujukan tidak kedapatan. Tulisannya bersahaja dan berbahasa Melayu dan mempunyai bau-bau eksistensialis dan anarkis.

Perkara yang membuatkan aku rindukan Mikon adalah humornya yang lahir dari pandangan yang amat sinis tentang masyarakat melayu kontempor. Golongan yang aku andaikan adalah Melayu Islam Liberal digelar Mikon sebagai golongan assalamualaikum. Mereka selesa hidup di dalam dunia Melayu mereka bersama TV3, Siti, Mawi, Fadhillah Kamsah dan menerima seadanya bahawa dunia mereka adalah jalan yang benar maka indah. Mikon banyak memberi perhatian terhadap paradoks dunia kerohanian/spiritual Melayu yang sentiasa mahu mereka selaraskan dengan cara hidup sekular.

Pendedahan Mikon tentang tabiat alkoholnya dan kecenderungannya untuk mempersendakan agama terancang akan mencabar kepercayaan dan ilmiah setiap Melayu Islam Liberal. Tidak hairanlah jika Semusim di Neraka menyalakan api kemarahan segelintir anggota blogosphere. Ramai yang menentang tetapi ramai juga yang menyokong. Situasi ini aku ambil sebagai petanda bahawa kebebasan bersuara dan berfikir di Malaysia masih wujud. Ini suatu petanda yang sangat menenangkan hati ku.

Barangkali Mikon memadamkan blognya di blogspot atas sebab peribadi. Barangkali juga Mikon adalah mangsa penggodam. Seperi Dina Zaman, JerryWHO dan pernah beberapa ketika dahulu ricecooker, ketiadaan Mikon mungkin menyenangkan pihak yang tidak senang dengan perbualan terbuka.

Maka biarkanlah Semusim Di Neraka di blogroll ku: nesan pertama di Kuburan Dakwat yang menanti kebangkitan semula untuk terus menghantui rumah-rumah dan masjid-masjid.

8 Comments

Filed under appreciative

8 responses to “Mengapa Semusim Di Neraka masih berada di blogroll Kuburan Dakwat.

  1. exoticasyibba

    along!!!the pic block the writing la..potong stim betul!

  2. Mikon

    Terima kasih kerana komen anda yang cukup membuatkan saya tersenyum tatkala mengadap skrin komputer yang kabur ini. Tidak semua orang faham apa yang saya tulis, malah majoriti pembaca lebih cenderung untuk membaca dan mengambil pemahaman secara literal. Terima kasih kepada Technorati, saya masih boleh membaca segala komen-komen, termasuk juga mereka-mereka yang bertekad mahu membunuh saya jika mereka bertemu dengan saya😉. Agama mereka mengatakan yang “darah saya adalah halal”.

    Sebenarnya SDN bukan mangsa penggodam. SDN dimatikan oleh saya sendiri tepat pada tarikh Siti Norhaliza bernikah. Saya sudah berasa amat tepu dengan blog itu dan rasa sudah sampai masanya ia dimatikan. 6 bulan, 25,000 pengunjung rasanya sudah cukup baik bagi sebuah blog yang dimulakan kerana kebosanan hidup.

    Since I really like yr writing, I will personally let you know if I start another blog.

    Cheers dan salam.

  3. exoticasyibba

    Blog Mikon dimatikan kerana MIkon amat kecewa Siti Nurhaliza bernikah…hahhahaa..25,000 in 6 months??That’s a slow start..but at least people were reading his writing..Wish i could read his and Mikon, you should be proud coz u’ve been mentioned here..and by the way bagi saya yang hanya khatam al-quran tiga kali ni, yang masih jumud dan masih tertanya-tanya akan arah kehidupan sendiri, yang masih alpa dan berpaut selagi mampu kepada iman dan takwa saya agar tidak hanyut dengan nafsu yang hakiki, mahu bertanya kepada Mikon, agama mana yang menghalalkan darah manusia yang dibunuh oleh manusia lain?? Emmm..masih bodoh lagi aku rupanya..Tersentak ku dari lamunan…Allahuakbar!

    P/S: Letak balik gambar orang semayang tu..Meremang bulu roma kalau tengok! Serious!

  4. Terima kasih Mikon. Keep on keepin’ on.

  5. Mikon

    exoticasyibba, hanya kebetulan ia dimatikan pada tarikh tersebut. I only realised that after some friends commented the same, I had a laugh. I wouldn’t go apeshit or frustrated with her marriage. Frankly, I wouldn’t even be in the same room with somebody who pronounces “fishball” as “fishbowl”.😉

    Khatam Quran tiga kali bukanlah bermakna anda faham 100% isikandung kitab suci itu. Bukan bermaksud utk mengatakan saya faham 100% — hanya untuk berkata secara umum yang tidak ramai manusia yang betul-betul faham apa yang terkandung di dalam kitab tersebut. Sekurang-kurangnya interpretasi saya adalah yang lebih menjurus kepada kedamaian sejagat.

    Salam, dan yes, god is great.

  6. exoticasyibba

    yay!!! namaku disebut jugak!!! suke..suke..thanx mikon!! isshhh..tak baik tau ejek orang lain punye accent..dengar tak lagu ‘my hump’from BEP??kan lelaki suke pompuan yang ade accent nie..hahahah..
    p/s: sape suke tengok mean girls??i baru beli skirt cam lindsay lohan!!

  7. exoticasyibba

    lupe lak nak cakap..i baca quran sebab mama suruh..kalau tak, tak dapat shopping! camne bace quran boleh khatam 3 kali mase kecik dah besar nie nak semayang satu waktu pun payah??isshhh..repent syibba repent!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s