Lina Joy

Under Islam Hadhari, “Islam must be delivered in a judicious manner through reminders and advice, through dialogue and the exchange of thoughts … war and the use of force should not be used as a shortcut to success.” [from Religiouscope]

Terima kasih buat exoticasyibba dan ayieq yang membawa perhatianku ke isu Lina Joy ini.

Hak untuk beragama adalah hak mutlak individu. Itu pendapat aku.

Sebagai masyarakat yang penyayang, komuniti Melayu Malaysia tidak dapat lari dari knee-jerk reaction yang berlaku apabila ruang selesa mereka diceroboh. Bagi sejumlah besar orang Melayu, kebahagiaan itu adalah keselamatan harta, keasyikan hiburan dan kesejajaran hidup dengan garisan organised religion. Jika kau mempunyai tiga komponen ini dalam hidup mu, kau Melayu yang bahagia.

Apabila kebahagiaan ini terganggu akibat ‘kebiadaban’ sesetengah Melayu lain yang gagal mencapai keselesaan yang sama, Melayu akan segera defensif. Lalu menuduh terus mencaci.Tidak hairanlah apabila ada yang meracau dan menyumpah apabila ada di antara kita memilih untuk bertukar kepercayaan.

Bagi wira-wira Islam kental Malaysia, ketaksuban mereka kepada ketinggian taraf diri mereka di sisi Tuhan menjadi pendorong kepada paranoia. Begitu mudah bagi mereka untuk memperlekehkan peribadi, pemikiran, kebebasan asasi dan nilai kemanusian sesiapa pun yang tidak berkongsi kepercayaan dengan mereka.

Islam, sebagaimana Kristianiti, Judaisme dan agama-agama monotheistik yang lain berpaksikan kepercayaan (faith) atas Tuhan yang Esa. Tidak menjadi masalah sekiranya kau percaya bahawa tuhanmu ialah satu-satunya Tuhan yang maha berkuasa. Penerimaan mutlak ini sangat indah, lebih-lebih lagi jika ramai yang bermastautin dalam keindahan yang sama.

Tetapi tidak dapat dipertikaikan bahawa wujud golongan lain yang mencipta keindahan itu dengan cara mereka sendiri. Sebagai makhluk yang dicipta mereka berhak mencari Sang Pencipta dengan cara mereka sendiri.

Realitinya adalah Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan kepercayaan. Islam Hadhari dibawah pemerintahan mutakhir mengajukan supaya syiar Islam dikembangkan dengan cara yang adil melalui peringatan dan nasihat, dialog dan pertukaran idea.

Bukankah ini landasan yang lebih mudah diterima?

1 Comment

Filed under anecdotal

One response to “Lina Joy

  1. kalau orang muslim di Indonesia, mau ganti agama bagaimana? Ada problem?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s