
3 June, 2009
Hello Conor Oberst, See you later DEP.
i.

So ada la band baru yang aku duk dengar sekarang. Bukan band actually tapi this singer/songwriter called Conor Oberst. Sebelum ni dia ada band called Bright Eyes dan Bright Eyes ni aku dah terdengar/terbaca dalam media yang aku consume la. Siap ada name-dropping lagi dan berada dalam playlist ramai di kalangan blogger terkemuka tanahair. Chewah.
Anyway, aku takde stuff Bright Eyes dan aku rasa aku boleh bagi pandangan yang agak neutral bagi album ni. I’m treating it as a discovery.
Setelah sedikit research, material Bright Eyes (baca: album-album Conor Oberst sebelum ni), bersifat eclectic ie. pelbagai dan tidak stick to one formula. Tapi albumĀ yang aku dengar ni, bertajuk Conor Oberst (Merge Records, 2008) mostly acoustic dan berbau country/folk. Aku tak tau sejak bila, tapi mamat ni sering dikaitkan dengan Bob Dylan. As in “Conor Oberst is the new Dylan”, you know? Dalam konteks sejarah muzik barat, satu perbandingan yang hebat dan membebankan buat si penerima gelaran. Mungkin versi tempatan bagi perbandingan ini adalah Cat Farish is the new Jaafar Onn. But I digress.
Perbandingan dengan Dylan sudah tentulah hasil daripada penulisan lirik Conor. Dari perspektif sesiapa yang celik sastera, tulisan pukimak ni memang tersangat tinggi nilai puitisnya. Rahsia puisi (for me at least) selamanya ialah makna, ekonomi perkataan dan kebenaran – lagu-lagu Conor ada ketiga-tiga bahan ini.
Juga dikaitkan dengan puisi Beat, tema utama bagi album ini ialah the road: kesunyian di jalanan, sinis dalam sedih, ulasan perasaan melalui objek-objek, pertuturan, babak-bakak rawak yang dialami seseorang ketika bersendirian menghadapi dunia menuju horizon yang tak sampai-sampai.
ii.

Terus kepada DEP yang telah mengucapkan adios semasa mengadakan show terakhir mereka di Little Bali, Cherating pada hari Sabtu Lepas. Kawan-kawan baik aku, antara manusia-manusia terawal yang berkongsi taksub dengan muzik yang pernah aku jumpa.
Awal 90′an di Kuantan, era Hijrah, arguably band punk pertama tanahair. Di atas court takraw Taman Aman, Bukit Sekilau, di Kompleks Teruntum menghirup pencetus alcoholisme utama Melayu Islam Malaysia: Rootbeer Float di A&W. Gig di TMS Dangdut, betul-betul di bawah bilik-bilik GRO-GRO seasoned, dan di Lips Boom Boom dengan basement stagenya, 300 tubuh basah menyambut Budin, stagediver dan taukeh kelapa terhebat scene kami. Terus dikejar Butcher, atau disepak kutu thrasher kompleks kerana tolong mengalihkan kereta Tamara di SABS. Juga penyepak Man Kola kerana salah pilih raja Grindcore Malaysia.
Seperti yang aku cakap kat Acai, aku tunggu reunion korang tahun 2015 nanti. Lebih awal lebih baik la kan. Takkan nak tunggu Celcom sponsor? Aku tak tau faktor apa yang motivate dia untuk disband. Tapi aku boleh agak. Aku teka sahaja berdasarkan persahabatan aku dengan mereka lewat 15 tahun ini. Tak payah dibincangkan di sini, sedangkan dalam realiti pun, mekanisme dalam mana-mana kumpulan yang berhasrat berkarya bersama adalah sesuatu yang amat abstrak dan sulit.
Acai adalah DEP, sekuat manapun dia akan menolak kenyataan ini, itulah kebenarannya. Fahamlah, itu bukan penghinaan. Passion, integrity, keutuhan niat. Itu yang aku baca dari lirik DEP. Kesemuanya dari pena Acai. Terus aku lega dan memujuk hati yang sedikit sedih. Manusia ini akan terus berkarya, walau hanya untuk aku dan beberapa teman, dan sekiranya kamu semua bernasib baik, kamu juga.
4 March, 2009
Thank You Very March.
A hectic February gave way to what is transpiring to be manic March. I was away from school for a whole two week stretch; first attending a Digital Storytelling Workshop, then off to rehearsals for a concert to be played middle of this year. Even though I was spared from the 3-4 day annual Sports Day hustle, I was kept informed of the scores as they are relayed to me in real time through colleagues. My house lost.
As mentioned in an earlier entry, S started kindergarten on Monday the 2nd. A and I sent her to school that morning, half-expecting a big scene: a wailing S screaming for us not to leave her. Nope. Not even a whimper as she waved my wife goodbye.
I finally got the camera I wanted and have been in a shooting frenzy lately. Unchecked enthusiasm found me waking up at 6.30 on a non-working day to go to the beach and shoot the sunrise. It rained. I sat under the shade, with my tripod still wishfully up, talking to other thwarted morning swimmers. A dull but pretty memorable morning nevertheless.
I have also started a new photoblog. Come visit and tell me what you think.
3 March, 2009
School’s In!

Her First Day
Dengan pseudo-crocs di kaki, beg Barbie pink di bahu dan bedak di tengkuk, anak aku melangkah masuk ke alam pendidikan formal pagi semalam.
Sedikit pun tidak membantah, tapi tidak pula nampak teruja, S bertanya “Buat apa nak pergi school?” bila aku mengejutkannya dari tidur pagi semalam.
Juga, apabila sampai ke tadika, tiada kata mahupun kucupan selamat tinggal yang ditawarkan buat mamanya. Terus duduk, tanpa sebarang drama, justeru menumpukan perhatian penuh terhadap permainan yang telah disediakan di sana.
Hanya bila melihat kelibatĀ mamanya yang lewat 10 minit menjemput pulang, S menangis. Marahkan mama yang lambat.
Mama memang selalu lambat!
